Followers

Khamis, 29 April 2010

Resepi Donut yang simple



Haaa ni kali pertama saya nak kongsi satu resepi yang sangat mudah. Ramai yang tahu makan aje, nak buat tak tahu. Betul tak? Cara nak buat donut ni banyak. Tapi kali ni saya nak tunjukkan dan kongsikan bersama anda cara membuat donut yang simple dan sedap.
Jom tengok caranya.

Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
Yis 2 sudu besar(saya guna Mauripan)
1/2 cawan minyak masak
1 cawan air
1/2 cawan air suam (jangan panas sangat;sedang2 je)
1/2 cawan susu manis
2 sudu teh garam halus
Gula kastor
Gula kasar


Cara-cara membuatnya:
Pertama sekali campurkan yis bersama air suam dan secubit gula, pastikan yis yang dicampurkan ke dalam air suam tadi naik (kalau tak naik, donut takkan jadi. Kalau jadi pun keras dan boleh buang ke laut,hehehe). Lepas tu masukkan semua bahan-bahan diatas termasuk yis yang dah naik tu dan uli hingga lembut dan licin. Rehatkan seketika dan bentukkan donut tersebut. Then, goreng dengan api perlahan. Taburkan gula di atas donut tersebut dan siap untuk dihidang.

Nota: adunan ni boleh juga di buat roti goreng. Maksudnya nak letak inti pun boleh, just bentukkan dan goreng. Sangat lembut dan sedap. Lagi satu, kalau nak donut tu lembut, uli lah lama sikit, lagi lama uli, lagi lembut donut tu.
Cubalah ye!!!!


Donut ni memang saya selalu buat sebab sangat senang dan sedap. Makan semasa donut masih panas lagi best. Sangat lembut dan sedap. Resepi ni saya dapat dari mama saya. Ada orang yang makan donut yang saya buat ni tak percaya saya buat sebab nampak macam donut segera. Donut ni kalau nak buat segera pun boleh, goreng separuh masak then bila nak makan gorenglah sampai masak. Sangat senang. Cubalah ye!!!

9 ulasan:

  1. Kalau nak jadikan kueh pau pun boleh juga. Bahan2 dan caranya sama aje. cuma masukkan inti lepas tu biarkan naik dalam setengah jam dan boleh dikukus.Saya buat jual kueh pau guna resepi yang sama macam resepi ini.Larisssssssssss....gebu dari pagi sampai ke malam...heheheheheee

    BalasPadam
  2. yeke....xtaw pulak...nnty nak try jugak la...

    BalasPadam
  3. aSSALAM
    KLU KITA NAK MAKAN ESOK PG JAM 8.00..KUL BERAPA NAK MENGULINYA..LG PUN SY BELUM PENUH WAT DONUT NI...BOLEH BAGI TAU.

    BalasPadam
  4. WSLM...
    klu nk makan pagi, malam pun blh uli...lps uli tu goreng sparuh msk.. juz bg kuning sket je.. klu rajin bangun pagi, uli la pg tu then trus goreng... macam sy malas nak bangun pg smata2 nak uli donut, so better uli malam then panaskan kejap.. macam orang jual donut segera kt kedai tu.. btw thanks for comment..

    BalasPadam
  5. sy ambik resipi ni... mtk halal yer.... :)

    BalasPadam
  6. wah...mudahnyer...sya nk try lah..terima ksh atas resepi puan

    BalasPadam
  7. thanks nadia...nnt sy nak cuba buat...mmg tgh dok cr resepi yg simple2 jer... ^_^
    kalau minat kucing jgn lupa singgah my blog =)

    BalasPadam
  8. yg minyak 1/2 cwn tu pun kena msk dlm adunan tu ke? atau mcm ne? tq

    BalasPadam
  9. I simply could not go away your site before suggesting that I extremely loved the usual
    information a person provide on your visitors?

    Is going to be back often in order to check up on new posts

    Here is my blog :: xvideos (pogo.lakesideschool.org)

    BalasPadam