Followers

Khamis, 29 April 2010

Resepi Sotong Sumbat (Tupat Sutong dalam loghat Klate)


Bagi orang yang berasal dari Pantai Timur terutamanya Kelantan mesti tahu dan pernah makan tupat sutong ni. Tupat sutong ni maksudnya sotong sumbat atau pun ketupat sotong. Saya just nak kongsikan resepi ni je sebab saya suka makan. Hehehe....


Bahan-bahan ni agak2 je banyak mana sebab saya biasa masak main agak2 je. So sorry la tak ade sukatan untuk resepi ni

Bahan-bahan:
Sotong
Beras Pulut
Santan
Daun pandan
Gula melaka
Garam
Lidi (saya guna lidi pencungkil gigi)

Cara-cara membuatnya:
Rendamkan beras pulut bersama santan cair selama 2 hingga 3 jam dan letakkan sedikit garam (agak-agak je banyak mana, kalau banyak masin la). Nak rendam lama pun tak ada masalah. Cuci sotong hingga bersih (asingkan kepala dan badan sotong).
Lepas tu masukkan beras pulut yang direndam ke dalam badan sotong then cantumkan badan dan kepala sotong dengan menggunakan lidi. Pastikan beras pulut yang dimasukkan tu tak penuh sangat, kalau penuh nanti sotong akan pecah bila masak.
Tengok pada saiz sotong tu la, tapi make sure tak penuh la beras pulut tu (takut pecah je).
Bila semua sotong tu dah siap di cantumkan, masukkan ke dalam periuk bersama santan pekat tambah sedikit air (kalau santan pekat sangat tak best, tapi kalau suka pekat just do it la), daun pandan, gula melaka, gula pasir dan sedikit garam. Buka api dan masak hingga mendidih dan jangan terlalu lama kerana kalau lama sangat santan jadi pecah minyak dan sotong pulak jadi keras macam selipar jepun. Hahahahaa....
Selamat mencuba!!!

4 ulasan:

  1. ade bahan lagy special x???
    salu nye org kate resepi ade bahan rasia utk tambah sedap...

    BalasPadam
  2. kalau nak lagi manis, tambah la gula kasar sket...sbb kadang gula mlaka je xckup manis...stakat ni tak de bhan rahsia la...hehe

    BalasPadam
  3. Tq.. sedak sengoti nih.. hehhee....

    BalasPadam
  4. Saya nak ubahsuai sikit. pastikan pulut lebih separuh masak.rebus sotong dgn air dulu. lepas tu baru bubuh santan pekat. sotong cepat masak dan santan cepat pecah minyak.lebih enak tabur pulut masa rebus dan dah masak tabur dgn inti kelape.

    BalasPadam