Followers

Selasa, 5 April 2011

Rahsiaku Kini Milikmu-Simplysiti




Hye...

Assalamualaikum...

Sekarang nak story mory sket pasal product kecantikan yang nadya gunakan. Sapa tak nak cantikkan? Semua orang ingin kelihatan cantik dan berseri, betul tak?

Nak cantik bukan senang tapi nak kata susah sangat pun tak jugak, depends pada jenis kulit kita. So, sesuai sangat dengan tagline product simplysiti ni, nadya nak guna buat tajuk entri kali ni sebab rahsiaku kni milikmu. Nak tahu ape product kecantikan yang nadya guna tak?
Rasanye awal2 lagi korang dah tahu sebab tajuk pun dah jelas terpampar yang nadya nak story morry pasal product simplysiti ni.

Haaa meh sini nak story kan...
Kulit nadya ni tak de masalah banyak sangat cuma antara masalahnya adalah kulit nadya ni gelap sket dan ada cerawat batu yang besar kat pipi, malu beb bila jumpa member2 time ada jerawat, lagi2 time tu ada reunion... time nak snap pic je mesti cover jerawat kat pipi yang besar gedabak tuh... geram weh... tapi itu dulu la...

Sekarang alhamdulillah masalah tu dah settle.. tak payah pening2 fikir lagi dah.. sebab nadya dah jumpa product yang betul2 sesuai dengan kulit nadya, iaitu Simplysiti. Kalau tak percaya tengok pic kat bawah. Gambar yang first tu memang jerawat besar giler, tapi masa snap pic tu dulu, jerawat dah mula mengecil dah tapi still nampak besar. Tak suka...tak suka!!!!!

dan pic yang last tu, kesan parut jerawat masih ada lagi dan masa ni kulit agak gelap berbanding sekarang. Syukur Alhamdulillah. Kini wajah nadya dah kembali cerah dan licin. Berseri aje. Masa memula pakai dulu dah nampak perbezaannya tapi tak terasa sangat tapi bila jumpa member2, ramai yang tegur kulit nadya dah cantik sekarang, tak macam dulu. So, ilmu patut dikongsikan, now nadya dah kongsikan. So, kepada yang masih mempunyai masalah kulit tu, cubalah product simplysiti. Rasanya tak rugi sebab nadya tengok ramai yang guna product ni, kulit mereka cantik je.

So far, nadya just pakai simply 5 cream, toner and cleanser je untuk penjagaan kulit... memang rasa ok dan puas hati sangat.. jerawat tiada, kulit pun makin cerah berseri.. kalau nak kesan yang cepat dan lagi menarik, gunalah 1 set. Insya-Allah berkesan.



Manakala untuk kosmetik, nadya guna beberapa jenis je, tak semua nadya guna sebab costnya agak tinggi. So, nak tahu tak ape yang nadya gune?
Tak nak tahu duk diam2...hehe... gurau aje..

Untuk kosmetik atau make-up, nadya guna bedak 2 way foundation (kadang just gune bedak cosway je, yang miami tu sebab bedak tu murah sket, kalau nak kurangkan bajet gune yang tu je), eye liner pencil and liqiud, blusher, mascara and eyeshadow. Tu je nadya guna. Tapi lepas ni ingatnye nak try die punye lipstick lak.

Sape tak nak kulit wajah yang cantik berseri kan?
Rahsia nadya "Simplysiti-Rahsiaku kini Milikmu"


Sekian, Wassalam..





5 ulasan:

  1. hye akak jumpe tak dato ct nurhaliza kat alamanda aritu..die promosikan produknye...huhuhu

    BalasPadam
  2. @::fatihahanapi:: > thanks

    @fara_farez89 > tak jumpa pun sebab tak pegi sana...harap sangat dapat jumpa dato ct...hehe...awk jumpa die ke?

    BalasPadam
  3. yana pon gune simplysiti..so far mmg best gler!!!jerawat mmg kecut dah...tp yana pkai ance cream ngn 2 way cake die aje..nt ade bajet lg,nak rembat lg yg lain..hehe

    ni blog yana..
    http://annealdo.blogspot.com/?zx=fdacec91b09544b6

    BalasPadam
  4. @lyana anne> yeke? mmg bgus kan? btw thanks for coments... nnt cuba lah y len2 lak..mst puas hti..^_^

    BalasPadam